Follow Dashboard
Tokens?

Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; FARRA NORDIN
Another credits.

TITLE; The beginning of new life .
Sabtu, Februari 15, 2014 | 12:00 PG | 0 comments
Hello ,

Dah lama rasa nya tak menulis dekat blog ni , since sangat busy dengan kerja . As we know , kerja jururawat ni kan syif and its hard untuk dapat a very long off day .

Alhamdulillah bulan febuari 2014 , rasanya masih tak terlambat kot kalau nak cakap
" Hello and happy new year my friends !" 

Ok done . Tahun 2013 penuh dengan pengajaran yang mendewasakan aku mematangkan aku dalam segala aspek . Dari segi pemikiran , perangai , sikap dan hati . Alhamdulillah dah 10bulan begelar seorang Jururawat . Dengan dorongan ahli keluarga , orang tercinta dan sahabat handai , aku dah berjaya menempuhi segala dugaan yang ditetapkan Nya . Allah dah atur hidup aku . Tiada beban yang terlalu berat yang melebihi kemampuan hambaNya .

Secara jujurnya , banyak sangat dugaan . Lepas satu persatu sampai aku sendiri tak sempat nak kumpul duit sendiri . Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan . Tapi rezeki Allah beri pada aku sangat cukup . Alhamdulillah tak pernah terputus rezeki yang Allah SWT tetapkan buat aku . Cuma depends pada aku sama ada aku pandai atau tidak untuk menguruskan semua tu .

Aku bukan blogger terkenal yang pandai menulis setiap bait perkataan tu penuh bunga dan maksud tersurat dan tersirat . Apa je yang terlintas dekat hati dan fikiran aku tu je yang akan aku taip . sampai kekadang aku sendiri macam " apa kau merepek ni farah " . Ok even sekarang pun dah boleh nampak aku merepek sebab tadi kau cerita pasal kerja and then tetiba keluar pasal ni kan .

It just merangkumi kisah hidup keseluruhan tahun 2013 dan permulaan hidup 2014 .

TITLE; Hikmah Ramadan dan Keindahan Syawal
Selasa, Ogos 13, 2013 | 3:40 PTG | 0 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah , hari ini adalah syawal ke 6 . Atas izin Allah aku dapat juga merasa malam raya dan raya pertama di rumah . Seronoknya hanya Allah yg tahu .

Alhamdulillah , terasa kehidupan semakin terurus . Terasa yg diri ini mempunyai tanggungjawab . Aku redha , kerana redha itu suatu kebahagian yg akan kita rasa . Ada hikmahnya aku disini berjauhan dgn keluarga . Allah ingin aku belajar bagaimana susahnya hidup ini , bagaimana peritnya kehidupan ini yang didalamnya diselit sedikit kemanisan pengalaman kehidupan .

Semakin hari aku terasa seperti makin dekat dengan Allah SWT . Hanya pada dia aku mengadu . Hati rasa tenang . Setiap urusan aku rasakan bagai dipermudahkan .

Alhamdulillah , bulan lepas aku dah dapat gaji pertama . Dapat juga aku kongsikan bersama keluarga aku . Aku rasa puas hati sangat . Aku dapat tengok wajah2 insan tersayang tersenyum gembira .

Hidup ini bagaikan roda ,kala kita diatas adakala nya kita dibawah . Juga hidup ini umpama kain putih . Jika indah lukisan dari hati kita maka akan berserilah hidup kita . Berdoa , berusaha , bertawakal lahh kepada Allah SWT . Aku percaya setiap dugaan yg diberikanNya pasti akan ada hikmahnya . Hikmah yg kita sendiri tidak dapat gambarkan dan bayangkan . Allah Maha Besar .

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ."


TITLE; Tangisan sebelum ramadan
Jumaat, Julai 05, 2013 | 10:51 PTG | 0 comments
Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak menulis dekat sini . sejak dah mula kerja 3bulan yg lepas . Memulakan kehidupan baru bermula bulan Mei 2013 . Kehidupan baru di Sungai Buloh , Selangor .

Dah 3bulan rupanya . Tak sedar sekejap je masa berlalu . Tapi masih belum ada peluang utk berkumpul satu keluarga sama macam 3bulan yang dulu . Sebenarnya hati ni masih tak dapat nak menerima kehidupan aku yang baru ni . Kehidupan sebagai seorang anak yg sudah punya kerjaya sendiri .

Sejujurnya , hari hari aku menangis bila aku rindukan keluarga . Menangis bila rasa terasing disini . Menangis bila rasa takde tempat untuk bergantung dekat sini .

Aku seorang anak manja yang tak pernah sekali pun berjauhan dengan keluarga terutama mak . mana mak pergi mesti aku akan ada sekali . Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang aku rasa bila aku dekat sini . Terseksa rasa jiwa bila menghadapi kehidupan baru seorang diri tanpa sokongan keluarga dari dekat .

Aku nak sangat ada dengan mak abah setiap masa . Tengok mereka meniti usia tua . Jaga makan pakai mereka . Jaga sakit perit mereka . Tapi sayangnyaa aku jauh .

Dan bila dah jadi freshie mestilah susah nak dapat cuti panjang . Hanya harap aku kerja malam je utk dapat cuti lama . Entahlah , hati ni cepat tersentuh sekarang . hmm

Rindu sangat . Rindu yang teramat sangat :'( . Bila Ramadan dah makin dekat lagi la bertambah sayu rasa hati ni . Ya Allah . pertama kali nak berpuasa jauh dari keluarga . Susahnya jadi anak manja ni . hmmm


TITLE; Akhirnya , rezeki yang dijanjikan Allah .
Rabu, April 10, 2013 | 9:39 PTG | 0 comments
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan menanti , akhirnya aku dah dapat tawaran kerja drpd KKM .

Masa study dulu kena buat 3 penempatan pilihan sendiri . So masa tu aku isi :

  1. Perak
  2. Kedah
  3. Selangor
Sebenarnya masa tu aku nak letak Putrajaya , tapi entah kenapa tangan ni pilih Selangor pulak . So dah mungkin tertulis untuk aku yang aku akan dapat kerja dekat Selangor . So aku bersyukur . Biarpun ini mungkin kali pertama aku kena berjauhan . Tapi nak tak nak kena  jugak kan . 

InsyaALLAH semoga segalanya dipermudahkan . 



TITLE; My 11 Favourite Karaoke Song
Ahad, Januari 27, 2013 | 8:14 PTG | 0 comments

Assalamualaikum .

Lumrah hidup seorang manusia , ada benda yang akan jadi kegilaannya dan akan ada benda yang menjadi kebenciannya . Ia juga boleh dikaitkan dengan HOBI mahupun sebagai AKTIVITI MASA LAPANG . So how ? blablablabla . The main point here , i just wanna to tell you that the thing that i love the most is four .


  1. Travel-ing 
  2. karaoke-ing
  3. online-ing
  4. Photography-ing
Tapi malam ni aku cuma nak cerita pasal aktiviti nombor dua iaitu KARAOKE-ING !

Im addicted to karaoke-ing since school time . Kalau keluar dengan kawan-kawan je mesti nak pergi karoke , rasa macam tak lengkap aktiviti haritu kalau tak karaoke . And my best karaoke-ing partner is my bestfriend Mohammad Syaffuwan . We love to sing a duet song such Dua Insan and My Heart . Oke stop dulu pasal lagu duet dengan BFF aku , sekarang aku nak senaraikan 

#MyFavouriteKaraokeSong

  1. Tanpa Kekasihku by Agnes Monica
  2. Rolling In The Deep by Adele 
  3. Keranamu Kekasih by Illa Sabri 
  4. Set Fire To The Rain by Adele 
  5. Terpanah Asmara by Bunga Citra Lestari
  6. Diamonds by Rihanna 
  7. My Heart Will Go On by Celine Dion 
  8. Kesal by Ella
  9. Eegi Sepi by Azharina 
  10. Aku Yang Tersakiti by Judika 
  11. We Are Young by Janelle Monae
Howww ? ehekk . So lepas ni kalau ada siapa yang gila karaoke boleh la try lagu ni . Kalau nak test pitching and maximum jeritan anda boleh try lagu nombor 1 , 2 , 4 dan 8 . 



Old things