Follow Dashboard
Tokens?

Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; FARRA NORDIN
Another credits.

TITLE; Perginya dia menghadap Ilahi .
Selasa, Jun 05, 2012 | 6:39 PTG | 0 comments

Assalamualaikum :'(

Its hard for me to let you go .

Kita rapat sejak kecik lagi , kita gaduh kita , kita bermain , kita berkongsi masalah , kita bermanja . Tahu tak rasa macam baru lagi kita berjalan sama2 pergi surau masa malam akad nikah tu , akk makeupkan adik malam tu , petang tu kita sama2 pergi cari line wifi dekat motel pak lang leman . Baru lagi kan ?

Setiap kali bila akk balik kampung kalau kita keluar mesti kita bising dalam kereta sebab adik jadi petunjuk arah , kadang2 adik selalu bagi salah jalan kekadang tu suka bagi direction last minit .

Tapi sape sangka , hari yg akk balik tu akan jadi hari terakhir kita bersama . Hari terakhir , foto terakhir , kenangan terakhir , senyuman terakhir .

Bila malam yg akk dapat berita tu , akk nekad nak balik jugak . Akk tanak perkara lama berulang lagi , dulu masa arwah tok meninggal akk tak sempat nak cium dia . Kamu kesayangan akk , jadi akk nekad nak balik . Malam tu akk tengok gambar terakhir kita masa dekat surau tu , kita sama2 tangkap dengan kak ayu . Kita happy sangat malam tu kan .

Bila akk tengok badan kamu dikeluarkan dari kotak tu , akk tanya diri sendiri . "Itu ke adik aku ?" . Akk tanya lagi dalam hati " Kenapa adik tak senyum macam selalu ?" . Akk tak berani nak pergi dekat tengok muka adik , akk buat keputusan lari masuk dalam bilik . Akk menangis puas2 dalam bilik . Adik tahu tak ramai yg sayang adik . Nabil , kak syirah , Arman , Abg Farid , Abg Fitri , Along , Angah , Achik , Kak Zura , Abg Fadli , Kak Ijan , dan semua sepupu kita sayang . Kawan2 adik , mak ayah sedara adik . Tapi yg paling sayang adik Mama , abah dengan abang .

Adik tahu tak betapa sayunya hati akk tengok badan adik kaku , muka adik dah tak senyum macam selalu , org mandikan adik , adik terbaring keras . Akk tak kuat nak pegang adik . Adik akk rasa lega sebab dapat cium adik . Bukan yg pertama kali , tapi utk yg terakhir kali . Aku dah tak tentu arah bila akk tengok muka adik dah ditutup badan adik dah di balut kain kafan .

" Nur Afiqah Ainaa Bt Rohana , kamu telah pergi utk selamanya ...... " . Adik itu pertama kali akk dengar bacaan talqin , dan bacaan itu utk adik . Adik tahu apa akak rasa ? Kosong .

Bila balik rumah tok , rumah suyi . Tade dah adik yg selalu main handphone yg selalu senyum nampak lesung pipit . Taley dah nak jerit panggil nama adik .

Adik , akk redha atas pemergian adik . Tapi akk tak kuat . Akk lemah dan selalu rindu adik . Maafkan akk sayang .

Semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya dan diletakkan dikalangan orang yg beriman . Semoga semua dosamu diampunkan . Akk ampunkan segala kesalahan adik mahu ada atau tiada . Tenanglah kamu disana sayangku Nur Afiqah Ainaa  :')


Label:



Old things | New things