Follow Dashboard
Tokens?

Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; FARRA NORDIN
Another credits.

TITLE; Selamat Hari Raya 2012
Selasa, Ogos 21, 2012 | 3:31 PTG | 0 comments

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak luah and bercerita dekat blog sejak2 ketagih dengan Twitter :)

Aku ambil kesempatan yg ada ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggers , kepada semua umat manusia yang mengenali aku selama ini . Aku tahu dan sedar dengan kelemahan yg ada pada diri ini . uhukk uhukk . hahaha .

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari raya yang ketiga pada tahun ini . Sedar tak sedar jugak , raya kali ini adalah raya kedua aku bersama dengan encik gemok .

Macam2 dah lalui , macam2 orang dah aku jumpa sepanjang bulan Ramadhan ni . Mungkin Allah nak bukakan mata aku supaya aku sedar dan tak tertipu lagi dengan helah manusia . Macam2 orang aku dah kenal . Aku ingat aku dah cukup mengenali manusia , tapi tak rupanya . Masih ada yang terselindung .

Tapi tape , aku maafkan segala salah silap mereka dgn aku . Semoga mereka tak ulangi so tade la aku rasa macam nk sepak je kan .

Zaman belajar dah nak tamat , bulan 12 tak lama je lagi , insyaAllah aku akan bergelar seorang Jururawat Terlatih , dan aku tahu masa tu peluang utk aku cuti raya dan pulang beraya adalah amat tipis . Dan aku sendiri tak tahu aku akan posting kemana . hmm -___-" dan aku tahu aku akan jadi orang pertama yg menangis gila babi nanti sebab terpaksa berjauhan dgn mak abah . Yelaa selama 3tahun belajar ni pun aku belajar dekat Perak je , selalu sangat balik nya . hmm . Tetiba rasa macam tanak kerja . haish .

Tahun pertama beraya tanpa arwah Nur Afiqah Ainaa . Kalau diri ni boleh mati sekejap dan biarkan roh ni pergi cari dia  , aku akan buat . Sebab aku nak peluk cium dia macam mana aku selalu buat dekat dia . Aku nak makeup dia pagi raya . Sebab aku selalu komen kenapa dia tak makeup . Aku nak peluk dia kuat2 tanak bagi lepas dah . Teringat aku dekat dia masa malam raya . Sebab tahun lepas aku beraya dengan dia . Seronok sangat masa tu . Busy dekat dapur , menyembang sampai tgh malam . Rindunyaaaaa :'(

Selamat hari raya sayang , biar jauh dimata tapi kamu dekat di hati akk . Kamu tahu tak mama kamu selalu rindu kamu , bacakan Yaasin setiap masa utk kamu . Mama kamu berusaha untuk kuat tanpa kamu disisi . Kamu tahu tak , kadang2 akk sampai sekarang tak percaya yang kamu dah tade . Kadang2 aku boleh nampak kamu tidur dekat bilik tengah rumah tokwan . Lepas tu akan teman akak pergi pekan Kuah sebab akak tak tahu jalan , lepas tu kamu akan bawa akak entah ke mana2 jalannya . Akak selalu rindu kamu . Macam2 akk janji dengan kamu masa kali terakhir kita jumpa , Akak janji raya ni nak bagi duit raya , nak belanja kamu dengan nabil makan . Tapi ... :'( Semoga roh kamu dicucuri rahmat . Al-Fatihah .













Old things | New things