Follow Dashboard
Tokens?

Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; FARRA NORDIN
Another credits.

TITLE; Tangisan sebelum ramadan
Jumaat, Julai 05, 2013 | 10:51 PTG | 0 comments
Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak menulis dekat sini . sejak dah mula kerja 3bulan yg lepas . Memulakan kehidupan baru bermula bulan Mei 2013 . Kehidupan baru di Sungai Buloh , Selangor .

Dah 3bulan rupanya . Tak sedar sekejap je masa berlalu . Tapi masih belum ada peluang utk berkumpul satu keluarga sama macam 3bulan yang dulu . Sebenarnya hati ni masih tak dapat nak menerima kehidupan aku yang baru ni . Kehidupan sebagai seorang anak yg sudah punya kerjaya sendiri .

Sejujurnya , hari hari aku menangis bila aku rindukan keluarga . Menangis bila rasa terasing disini . Menangis bila rasa takde tempat untuk bergantung dekat sini .

Aku seorang anak manja yang tak pernah sekali pun berjauhan dengan keluarga terutama mak . mana mak pergi mesti aku akan ada sekali . Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang aku rasa bila aku dekat sini . Terseksa rasa jiwa bila menghadapi kehidupan baru seorang diri tanpa sokongan keluarga dari dekat .

Aku nak sangat ada dengan mak abah setiap masa . Tengok mereka meniti usia tua . Jaga makan pakai mereka . Jaga sakit perit mereka . Tapi sayangnyaa aku jauh .

Dan bila dah jadi freshie mestilah susah nak dapat cuti panjang . Hanya harap aku kerja malam je utk dapat cuti lama . Entahlah , hati ni cepat tersentuh sekarang . hmm

Rindu sangat . Rindu yang teramat sangat :'( . Bila Ramadan dah makin dekat lagi la bertambah sayu rasa hati ni . Ya Allah . pertama kali nak berpuasa jauh dari keluarga . Susahnya jadi anak manja ni . hmmm



Old things | New things